YURAN NAIK?

Tuesday, September 8, 2009
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA..

Rentetan dari isu kenaikkan yuran, secara lisannya memang pihak GMN ada menerima khabar daripada pihak yang berkenaan di MESIR.Kenaikan ini bukanlah kehendak daripada pihak Universiti Mansourah tetapi atas kehendak KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR sendiri.
Kami bukan sekadar berhubung melalui email dengan Dr. Nesreen Sallah Omar (Koordinator Pelajar Antarabangsa) dari Universiti Mansoura, tetapi untuk pengetahuan semua, pihak pengurusan Universiti Mansourah bersama-sama GMN sedang dalam proses bantahan terhadap keputusan kenaikan yuran ini.
Ibubapa dan pelajar perlu jelas di sini bahawa kenaikan yuran ini tidak HANYA melibatkan Universiti Mansourah tetapi ianya melibatkan kenaikkan yuran untuk keseluruhan universiti-universiti di MESIR yang menerima kemasukan pelajar dari MALAYSIA. Oleh itu jika berpindah ke Universiti lain sekalipun, kenaikkan yuran ini memang tidak dapat dielakkan.
Seterusnya dinyatakan di sini bahawa secara praktikalnya isu kenaikan yuran ini masih belum ada hitam putih (Surat Arahan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir ke atas pihak-pihak universiti yang terlibat). Maka atas dasar itu, pihak Global Medic Network Sdn. Bhd. masih lagi berpegang kepada SURAT RASMI dari Universiti Mansourah yang menjelaskan tentang YURAN seperti apa yang selama ini ibubapa dan pelajar-pelajar telah diberitahu.

Nasihat kami kepada pelajar-pelajar yang terlibat:
1. Tidak membuat Bank Draf terlalu awal (pelajar boleh mendaftar dahulu dgn pihak universiti). Pembayaran boleh dilakukan selepas pendaftaran sehingga 31 Disember 2009.
2. Tidak panik dan perlu tahu bahawa isu kenaikan ini tidak hanya melibatkan Universiti Mansoura tetapi universiti di seluruh MESIR. Jadi isu pertukaran ke universiti lain tidak berlaku.
3. Perlu memberikankan kepercayaan kepada pihak GMN dalam menangani isu ini. Kami akan mencuba sedaya upaya sehingga kepada peringkat PERUNDANGAN.4. Membuat persediaan yang cukup dari segi EMOSI, FIZIKAL dan MENTAL sebelum berangkat ke MESIR.
Sekian dahulu buat kali ini.

No comments:

Post a Comment