YURAN NAIK?

Tuesday, September 8, 2009
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA..

Rentetan dari isu kenaikkan yuran, secara lisannya memang pihak GMN ada menerima khabar daripada pihak yang berkenaan di MESIR.Kenaikan ini bukanlah kehendak daripada pihak Universiti Mansourah tetapi atas kehendak KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR sendiri.
Kami bukan sekadar berhubung melalui email dengan Dr. Nesreen Sallah Omar (Koordinator Pelajar Antarabangsa) dari Universiti Mansoura, tetapi untuk pengetahuan semua, pihak pengurusan Universiti Mansourah bersama-sama GMN sedang dalam proses bantahan terhadap keputusan kenaikan yuran ini.
Ibubapa dan pelajar perlu jelas di sini bahawa kenaikan yuran ini tidak HANYA melibatkan Universiti Mansourah tetapi ianya melibatkan kenaikkan yuran untuk keseluruhan universiti-universiti di MESIR yang menerima kemasukan pelajar dari MALAYSIA. Oleh itu jika berpindah ke Universiti lain sekalipun, kenaikkan yuran ini memang tidak dapat dielakkan.
Seterusnya dinyatakan di sini bahawa secara praktikalnya isu kenaikan yuran ini masih belum ada hitam putih (Surat Arahan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir ke atas pihak-pihak universiti yang terlibat). Maka atas dasar itu, pihak Global Medic Network Sdn. Bhd. masih lagi berpegang kepada SURAT RASMI dari Universiti Mansourah yang menjelaskan tentang YURAN seperti apa yang selama ini ibubapa dan pelajar-pelajar telah diberitahu.

Nasihat kami kepada pelajar-pelajar yang terlibat:
1. Tidak membuat Bank Draf terlalu awal (pelajar boleh mendaftar dahulu dgn pihak universiti). Pembayaran boleh dilakukan selepas pendaftaran sehingga 31 Disember 2009.
2. Tidak panik dan perlu tahu bahawa isu kenaikan ini tidak hanya melibatkan Universiti Mansoura tetapi universiti di seluruh MESIR. Jadi isu pertukaran ke universiti lain tidak berlaku.
3. Perlu memberikankan kepercayaan kepada pihak GMN dalam menangani isu ini. Kami akan mencuba sedaya upaya sehingga kepada peringkat PERUNDANGAN.4. Membuat persediaan yang cukup dari segi EMOSI, FIZIKAL dan MENTAL sebelum berangkat ke MESIR.
Sekian dahulu buat kali ini.

Ruang Pertanyaan

Sunday, September 6, 2009
Sila mendaftar sebagai member sebelum post dalam blog ini terima kasih

CONTOH BORANG BANK DRAF

Friday, September 4, 2009
Contoh borang untuk permohonan Bank Draf CIMB untuk bayaran yuran tahun satu, klik dan download yang berkenaan :

Senarai Yuran

Surat GMN

Mansoura Regular


Mansoura Manchester ( PBL )

Mansoura Denstistry

Mansoura Pharmacy

Alexandria

PERSEDIAAN KEBERANGKATAN 2009

Thursday, September 3, 2009
Panduan sebelum keberangkatan mengenai persediaan pelajar, prosedur pendaftran barang di KLIA.

Semua penerbangan berlepas jam 11.45 pm , pelajar diminta untuk hadir di KLIA Jam 8.00pm

Terima Kasih

Aznil

MAKLUMAT BAGASI

Maklumat ringkas untuk makluman pelajar berkenaan bagasi yang dibenarkan

LIST PENERBANGAN PELAJAR UPDATE

Berikut adalah list pelajar Update. Sila lihat dan periksa kedudukan anda sebarang masalah sila sms atau call Cik Siti di nombor 012 3131 298 segera